Aktiviti...

2005
2006
2007
2008

   Direktori

Keahlian
Peraturan
Panduan Pengguna
Waktu Urusan
Aktiviti
Statistik
Pelan PSAG
Peta Laman

  IPIS Online

Laman Utama
 
Berita dan Aktiviti 2009
 
 
 
» PELANCARAN BUKU TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tarikh : 11 Ogos 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali, IPG Kampus Pendidikan Islam

Majlis pencaran buku 'Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran' adalah sebagai satu usaha memartabatkan budaya menulis dan budaya membaca di kalangan warga Kampus Pendidikan Islam yang juga merupakan pelancaran buku kali ke-3 yang di adakan pada tahun ini. Buku yang ditulis oleh tiga orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Pendidikan iaitu Pn Norasiah Abdullah, Pn Nor Risah Jamilah dan Pn Rosnah Ahmad Zin adalah sesuai sebagai sumber rujukan terutama kepada pelajar PISMP semester 4 dan untuk subjek Teknologi Pendidikan di IPG, IPTA dan IPTS yang lain.

 

Pengacara majlis
Pn Ziraiza
 
Bacaan doa oleh
Ust Abd Ra'ani
Ucapan wakil penulis
oleh Pn Rosnah
Ucapan perasmian
pengarah
Antara yang hadir
 
Pameran Ahli jawatankuasa Penyampaian cenderamata
Penyampaian cenderamata Penyampaian cenderamata Penyampaian cenderamata Penulis bergambar
bersama pengarah

 

 
» PERSIDANGAN PERPUSTAKAAN DIGITAL KE-5
Tarikh : 20 - 22 Julai 2009
Tempat : Hotel Best Western Premier Sri Pacific, Kuala Lumpur

Persidangan ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Objektif utama persidangan ini adalah menyebarkan maklumat mengenai status perpustakaan digital di Malaysia dan menyediakan platform untuk pustakawan dan profesinal ICT berbincang mengenai perkembangan teknologi berasaskan web dan perpustakaan digital. Selain daripada itu ianya juga dapat menggalak dan membina daya kreativiti untuk memperkaya kandungan digital tempatan mengenai kebudayaan dan warisan serta menentukan kedudukan rangka kerja perpustakaan digital nasional dan memastikan pelaksanaan dan kesinambungannya.

Program Persidangan dan Pembentangan Kertas Kerja :

  • Ucaptama 1 : Malaysia digital oleh YBhg. Datuk Dr Halim Shafie, Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pembentangan 1 : Pembangunan perpustakaan Digital di Malaysia oleh YBrs. En Raslin Abu Bakar, Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pembentangan 2 : Pelan jalur lebar negara : infrastruktur untuk pembangunan perpustakaan digital oleh Pn Rubaiah Hashim, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
  • Pembentangan 3 : Strategi Perpustakaan Digital Nasional oleh YM Datuk Dr Raja Malik Raja Mohamed, Global IT Services Sdn Bhd
  • Pembentangan 4 : Inisiatif perpustakaan digital di Korea oleh Dr Hee Kyeong Ryu, Perpustakaan Negara Korea
  • Pembentangan 5 : Ke arah sistem perpustakaan digital bagi Perpustakaan Peta Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia oleh Tn Hj Mazlan Hj Ashari, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM)
  • Pembentangan 6 : Repositori institusi dan perpustakaan digital UUM oleh En Salleh Hudin Mustafa, UUM
  • Pembentangan 7 : Inisiatif perpustakaan digital : pemeliharaan sumber digital mengenai pemimpin Malaysia dan pembangunan negara oleh En Azhar Mohd Noor, Petornas
  • Ucaptama 2 : Status flagship MSC & impaknya ke atas perpustakaan digital oleh YBhg Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC
  • Pembentangan 8 : Memenuhi harapan pengguna oleh YBhg Dato' Dr Ismail Alias, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Pembentangan 9 : Persepsi pengguna terhadap perpustakaan digital oleh YBhg Prof Dato' Dr Jamil Maah & Dr Nor Edzan Che Nasir, UM
  • Pembentangan 10 : Pemasaran melalui arkib fotografi oleh En Faiful Nang, Colours of Asia sdn Bhd
  • Pembentangan 11 : Katalog Induk Kebangsaan (KIK) oleh Cik Nafisah Ahmad, Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pembentangan 12 : Pembangunan kandungan digital : pemacu sumber pertambahan baru oleh En Roslan Mohamad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
  • Bengkel 1 : Repositori institusi. Fasilitator oleh En Anuar Talib, UTM
  • Bengkel 2 : Taksonomi. Fasilitator oleh Pn Hamidah Abd Rahman, UiTM
  • Bengkel 3 : Pemasaran produk dan perkhidmatan perpustakaan digital; Fasilitator oleh Dr Maznah Ghazali, UiTM
  • Bengkel 4 : Pengurusan Projek dan pendigitan. Fasilitator oleh Dr Hee Kyeong Ryu, National Library of Korea
  • Bengkel 5 : Pelan strategik Perpustakaan Digital Nasional. Fasilitator oleh YM Datuk Dr Raja Malik Raja Mohamed, Global IT Services Sdn Bhd

Sesi Persidangan Perpustakaan Digital Ke-5 Perasmian oleh wakil Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
 
Bengkel yang dikendalikan oleh Dr Maznah Ghazali, UiTM Both pameran
 
» ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG BAGI TAHUN 2008
Tarikh : 10 Julai 2009
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan Idris Al-Marbawi, IPG Kampus Pendidikan Islam

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa dari jawatannya. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan. Untuk tahun 2008, anugerah ini telah diberikan kepada 18 orang yang terdiri daripada 13 orang pensyarah dan 5 orang staf pengurusan. Tahniah di ucapkan kepada 2 orang staf Pusat Sumber iaitu En Mohd Nasrulhaq Mohd Diah dan Pn Robiyah Fadzir kerana telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun 2008.

Pengarah, Tibalan Pengarah dan
Ketua Unit Pengurusan
 
Sesi ikrar Perkhidmatan Awam Penyampaian Sijil kepada
En Mohd Nasrulhaq
 
Penyampaian Sijil kepada
Pn Robiyah Fadzir
Antara yang menghadiri Majlis
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2008
 

 

 
» LAWATAN PELAJAR AFGHANISTAN
Tarikh : 10 Julai 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali, IPG Kampus Pendidikan Islam

 

 
» COLLOQUIUM ON INFORMATION ON ISLAM OF THE CYBER WORLD
Tarikh : 25 Jun 2009
Tempat : International Islamic Universiti of Malaysia (IIUM), Gombak

The programme is intended to provide participants with awareness on the development of Islam online resource. The development of Islamic resources in electronic and with format has changed the landscape of communication and dissemination of Islam. Since access to Islamic resources has become common through greater use of computer and is easily accessible to the Muslims and non-Muslims, there is a need to examine the interwaven scenario of ICT with knowing Islam. Islam emphasizes on the sources of knowledge, and due to this, it is of pivotal importance to the ummah and those who pursue Islamic scholarship, to not only know how to access the resources but also to be able to evaluate that the knowledge is true and supported with proper authority and authenticity.

Presenter :

  • Welcoming Address : by Puan Maimunah Kadir, Deputy Council President II, PPM
  • Keynote Address : Puting sources of Islam online : some issues from its worldwier by Dr. Mohd Sai Badron, Senior Fellow/Director, Centre for Economics and Social Studies, Institute of Islmaic Understanding Malaysia
  • Presentation 1 : Islamic informatics : is there one? by Dr. Ahmed M Zeki, Assistant Professor, Kulliyyah of ICT, IIUM.
  • Presentation 2 : Government's initiatives on e-access of Islam with special reference to IIDL and IslamGRID by Puan Nafisah Ahmad, Director, Perpustakaan Negara Malaysia
  • Presentation 3 : Malaysian universities initiative on Islamic digital content and consolidation of resources with special reference to IIUM by Cik Sarifah Abdullah, Senior Deputy Chief Librarian, IIUM & Puan Fadzilah Abdullah, Head, Digital Library Section, Library, IIUM
  • Presentation 4 : Information searching for Islamic studies with special reference to IIUM Library module for Islamic Revealed Knowledge by En. Fazli Omar, Liaison Librarian, Library, IIUM
Keynotes Address by Dr. Mohd Sai Badron Moderator Colloquium by Dr Roslina Othman, Assoc. Professor, KICT, IIUM Presentation by Dr. Ahmed M Zeki

 

 
» MESYUARAT PENULISAN PIAWAIAN PUSAT SUMBER
Tarikh : 25 - 27 Mei 2009
Tempat : Lagacy hotel, Melaka

 

 
» MINGGU PUSAT SUMBER
Tarikh : 4 - 11 Mei 2009
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali, IPGM Kampus Pendidikan Islam

Tujuan Minggu Pusat Sumber diadakan adalah untuk menerapkan amalan dan budaya membaca sebahagian daripada gaya hidup di kalangan warga kampus. Ianya juga dapat menggalakkan suasana pembelajaran harmoni dikalangan warga kampus dengan menggalakkan penyertaan semua dalam program minggu pusat sumber yang telah dijalankan serta menggalakkan perkongsian ilmu dengan menggunakan  perkhidmatan dan kemudahan rujukan di pusat sumber supaya wujud sikap gemar membaca di kalangan warga kampus

Minggu pusat sumber telah berlangsung selama 1 minggu iaitu dari 4 hingga 11 Mei 2009 dimana sepanjang tempoh berkenaan, pihak pusat sumber telah mengadakan beberapa aktiviti seperti pameran dan jualan buku, pameran Hari Guru dan pameran bertema ”Yang Pertama”, Program sehari sebuah artikel iaitu sebaran artikel terpilih kepada semua warga kampus setiap hari minggu pusat sumber, bengkel MyLib, OPAC, Digital Library OUM dan Kemahiran Internet (fasilitator daripada Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan OUM, pihak pusat sumber dan Jabatan Teknologi Pendidikan), kempen keahlian Perpustakaan Negara Malaysia, diskusi buku iaitu diskusi dalam tiga bahasa (Arab, Melayu, Inggeris) dan Aktiviti Prasekolah (bercerita dan mewarna)

TENTATIF MINGGU PUSAT SUMBER

Tentatif Keseluruhan
Sehari Sebuah Artikel
> Isnin
> Selasa
> Rabu
> Khamis
> Jumaat
Bengkel MyLib, Digital Library OUM, OPAC dan Kemahiran Internet
Diskusi Buku
Aktiviti Prasekolah
Peraduan
Pameran

Majlis Penutup


Poster Minggu Pusat Sumber

 

 
» LAWATAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAHYA PETRA 2
Tarikh : 23 April 2009
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali, IPGM Kampus Pendidikan Islam

Lawatan ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam. Pelajar-pelajar telah diberi penerangan asas tentang fungsi, kemudahan dan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Al-Ghazali.



 

 
» KURSUS JATIDIRI
Tarikh : 3 - 5 Mac 2009
Tempat : Teluk Batik Beach Resort, Lumut Perak

 

Di Puncak Ungku Busu
 

Bergambar bersama Pengarah
dan jurulatih

 

 

 
» MAJLIS PERKAHWINAN STAF PUSAT SUMBER



 
Tarikh : 14 Mac 2009
Tempat : 

Tahniah kepada Pn Normimie Osman (Pegawai Khidmat Singkat Pusat Sumber) yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya . Kenduri di rumah pengantin lelaki telah diadakan pada 20 Mac 2009 di . Semoga ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke anak cucu.

 

 
» LAWATAN KE PUSAT SUMBER IPGM KAMPUS IPOH
Tarikh : 3 - 5 Mac 2009
Tempat : Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ipoh

Lawatan secara tidak langsung ini telah dilakukan oleh Pustakawan Kampus Pendidikan Islam yang pada masa yang sama bertugas sebagai auditor untuk Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2000 Bil. 1/2009 di Kampus Ipoh pada 3 hingga 5 Mac 2009.
 

Pusat Sumper Kampus Ipoh
 

Kaunter Pinjaman

Koleksi Majalah

Ruang Bacaan

 
» LAWATAN PENANDA ARASAN KE IPGM KAMPUS KOTA BHARU
Tarikh : 28 Februari - 2 Mac 2009
Tempat : Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bharu

Lawatan penanda arasan ini telah disertai oleh seramai 15 orang staf pengurusan dari unit kewangan, pusat sumber dan stor pusat. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua IPGM di samping dapat berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pengurusan kewangan, pusat sumber dan stor yang dilaksanakan di Kampus Kota Bharu. Bagi Unit Pusat Sumber, terdapat beberapa perkara dan pembaharuan yang boleh dicontohi dan diaplikasikan di Pusat Sumber Al-Ghazali. Semoga segala pemerhatian, dapatan dan cadangan yang akan dikemukan akan disokong oleh pihak pengurusan Kampus Pendidikan Islam nanti.
 

Sudut Maklumat Terpilih

Ruang Bacaan

Koleksi Kanak-Kanak

Online Public Access Catalog

Kaunter Sirkulasi

 


Koleksi Majalah, Koleksi Marjon dan Koleksi Hertfieldshire

Bilik Red Spot

Gambar bersama Pustakawan IPGM Kampus Kota Bharu En Hasrimi

 
» PELANCARAN BUKU SIRI AWAL TULIS
Tarikh : 26 Februari 2009
Masa : 2.30 - 4.30 ptg
Tempat : Aras 1, Pusat Sumber Al-Ghazali

Pelancaran buku Siri Awal Tulis merupakan satu program anjuran pusat sumber yang bertujuan untuk memberi galakan dan pendedahan kepada warga kampus untuk menulis di samping memberi penghargaan kepada pensyarah dengan usaha yang telah diberikan. Buku ini telah ditulis oleh Pn Suraya Zaidon pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dan diterbitkan oleh MEP Education Consult Sdn Bhd. Buku Siri Awal Tulis ini telah dilancarkan oleh pengarah kampus dimana pihak penulis juga turut menjemput Prof Dr Rohaty Mohd Majzub daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
>> sinopsis buku
 

Poster Pelancaran Buku

Pendaftaran

Ketibaan Dr Rohaty

Pengarah bersama Dr Rohaty dan Pn Norasiah

Ucapan penulis

Ucap Tama dari Dr Rohaty

Ucapan perasmian oleh pengarah

Replika perasmian

Perasmian oleh pengarah

Jualan buku Siri Awal Tulis

Warga kampus yang hadir

Penulis bersama Dr Rohaty

Tayangan multimedia

Penyampaian cenderamata

Cenderama untuk penerbit

Cenderamata untuk Ketua Pusat Sumber

Cenderamata untuk Dr Rohaty
 

Penulis Pn Suraya Zaidon

Sidang akhbar

Sidang akhbar

 
» MESYUARAT KATALOG INDUK KEBANGSAAN

Ucapan perasmian oleh Pn Siti Rodziah Othman, Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia


Sesi mesyuarat KIK

 
Tarikh : 23 Februari 2009
Masa : 10.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia

Katalog Induk Kebangsaan (KIK) merupakan perkhidmatan perkongsian sumber yang dihos dan diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk perpustakaan penyelidik dan orang awam. KIK mengandungi diskripsi bibliografi, lokasi dan maklumat perpustakaan yang menjadi ahli konsortium dan berkongsi data di seluruh negara. Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang tentang perkembangan dan status penggunaannya portal KIK di kalangan ahli konsortium. Selain daripada itu juga turut diadakan taklimat dan demonstrasi penggunakan modul 'interlibrary loan' menggunakan portal KIK.

URL : http://kik.pnm.my

 

 
» PENYERAHAN SUMBANGAN GAZA, PALESTIN

Ceramah disampaikan oleh Ust Ridzuan Mohamad Nor

 
Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 8.30 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Idris Al-Marbawi, IPGM Kampus Pendidikan Islam

Program Ceramah Dhuha anjuran Biro Dakwah dan Kerohanian, Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar adalah merupakan program rutin pelajar setiap pagi Ahad setiap minggu. Pada program kali ini pihak penganjur telah menjemput Ust Ridzuan bin Mohamad Nor daripada Muslim Care Malaysia yang banyak berkongsi ilmu tentang kesedaran dan gambaran sebenar kesusahan dan keperitan hidup rakyat di Gaza, Palestin ketika ini. Justeru itu pihak Pusat Sumber dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang sebelum ini telah menganjurkan kutipan sumbangan Gaza telah menyerahkan sumbangan yang dikumpulkan dari 8 Januari lalu iaitu sebanyak RM5,400 kepada Muslim Care Malaysia untuk disalurkan sebagai sumbangan kemanusiaan di Gaza. Sumbangan diserahkan oleh Ust Abdul Ra'ani Ahmad, Ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah yang mewakili pihak pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam.
 

 

 
» KEJOHANAN BOWLING TEN-PIN STAF PENGURUSAN

Antara peserta yang menyertai kejohanan bowling staf pengurusan


Para peserta


Antara aksi peserta


Pemenang tempat pertama wanita Pn Halida Hanom
 
Tarikh : 21 Februari 2009
Masa : 10.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat : Ampang SuperBowl, MetroPoint, Kajang

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf Pengurusan dimana ianya telah disertai oleh 29 orang staf pengurusan daripada bahagian kewangan, perkhidmatan, pusat sumber, asrama dan pentadbiran pengurusan. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan peserta iaitu peserta lelaki dan peserta wanita dimana para peserta lelaki telah bermain untuk 5 frame dan peserta wanita bermain untuk 4 frame. Penyampaian hadiah kepada semua serta disampaikan oleh Pn Safwah bt Jalaluddin, Pegawai Eksekutif Kanan kampus dimana beliau juga terlibat sebagai peserta kejohanan. Diharap dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara staf pengurusan.

Keputusan (pemenang tempat pertama hingga ketiga) :

Peserta Lelaki Peserta Wanita
1 En Mohd Nor Ikhwan
(847 jatuhan pin)
1 Pn Halida Hanom
(428 jatuhan pin)
2 En Ab Hakim
(818 jatuhan pin)
2 Cik Latipah
(400 jatuhan pin)
3 En Mohd Jefri
(713 jatuhan pin)
3 Pn Hanim
(358 jatuhan pin)

 

 
» KURSUS PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM

Ucapan dari wakil peserta kursus

 
Tarikh : 16 - 19 Februari 2009
Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia

Objektif utama kersus ini dianjurkan adalah untuk memberi pengetahuan tentang sistem perbankan dan kewangan Islam secara teori dan praktikal di samping mempertingkatkan kefahaman tentang pelaksanaan pengurusan dan isu-isu semasa tentang ekonomi dan perbankan Islam. Kursus ini sebilangan besar dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai sektor perkhidmatan iaitu pensyarah, guru, pegawai hal ehwal ekonomi, akauntan, imam masjid, pegawai syariah, pegawai psikologi, pegawai eksekutif, pustakawan, pegawai pendidikan dan pembantu tadbir kewangan.

 

 
» MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER BIL 1/2009
Tarikh : 10 Februari 2009
Tempat : Aras 1, Pusat Sumber Al-Ghazali

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 5 orang staf dan 2 orang pegawai khidmat singkat Pusat Sumber Al-Ghazali di mana ianya membincangkan tentang pengurusan, status prestasi kerja tahun 2008, senarai tugas dan perancangan aktiviti pusat sumber untuk tahun 2009. Pada mesyuarat berkenaan juga turut diselitkan majlis ulang tahun staf iaitu En. Rasid Mc Sar yang ke-50 tahun.

 

 
» MESYUARAT PELAKSANAAN DIGITAL LIBRARY DI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTER
Tarikh : 19 - 21 Januari 2009
Tempat : Selesa Beach Resort, Port Dickson

Seramai 48 orang pegawai terdiri daripada Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan IPGM dan ELTC telah menghadiri mesyuarat ini di mana ianya lebih kepada pelaksanaan sistem perpustakaan digital. Mesyuarat yang dikelolakan oleh Bahagian Pusat Sumber dan TMK BPG ini telah dirasmikan oleh Dato' Misrah bin Hj. Ibrahim pengarah BPG dan taklimat sistem perpustakaan telah disampaikan oleh syarikat Civica dari Singapura . 

 

 
» TAKLIMAT PELAJAR BARU KPLI DAN KPLI j-QAF
Tarikh : 15 Januari 2009
Masa :8.00 - 80.00 pagi
Tempat : Dewan Besar Nik Mohyiddin Musa, KPIS

Sepanjang 12hb hingga 15hb Januari yang lalu, Kampus Pendidikan Islam telah menerima seramai hampir 500 orang pelajar baru yang terdiri daripada 11 kumpulan dari kursus KPLI dan 12 kumpulan dari kursus j-QAF. Satu taklimat telah diadakan bertujuan memberikan pendedahan asas tentang pusat sumber sempena minggu oriantasi untuk pelajar baru ini. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Norasiah Abdullah Ketua Pusat Sumber, Kampus Pendidikan Islam.

 

 
» TABUNG SUMBANGAN PALESTIN
Tarikh : 8-30 Januari 2009
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali

Mulai 8 hingga 30 Januari 2009, Pusat Sumber telah melancarkan tabung sumbangan Palestin yang telah dirasmikan oleh Haji Amin Mohd Rashid, pengarah KPIS. Tabung ini juga akan diedarkan di semua bilik-bilik kuliah dan jabatan dengan bantuan pelajar PISMP semester 3. Selain daripada pusat sumber, Masjid Imam As-Syafie KPIS juga turut menyediakan tabung berkenaan pada 3 kali solat Jumaat bermula 9 Januari 2009. Diharap semua warga KPIS dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu saudara seagama kita di Palestin. Selain daripada itu pada 15 Januari 2008 jam 2.30 petang telah diadakan ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Mukram Mohd Taib bin Hasan iaitu Perunnding Aman Palestin Malaysia.
 

Ceramah oleh Ust. Mukram
Mohd Taib bin Hasan

 

Tayangan multimedia

Kiraan tabung sumbangan Palestin

 
» LAWATAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI PENDIDIKAN ISLAM BRUNEI DARUSSALAM
Tarikh : 7 Januari 2009
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali
 

Seramai 39 orang mahasiswa perguruan dengan diiringgi pensyarah pengiring memulakan lawatan pertamanya ke  institut ini dalam rangka lawatan ke Malaysia. Seperti biasa Pusat Sumber turut  dilawati dimana para pelajar universiti ini telah berkongsi ilmu tentang teknik pencarian maklumat di pusat sumber disamping dapat mengetahui jenis koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di pusat sumber. Diharapkan lawatan rombongan dari Brunei ini akan mengeratkan persahabatan dan  silaturahin antara kedua negara khususnya anatara IPGMKPI Selangor dengan KUPINBD disamping membolehkan pertukaran pengalaman dan  buah fikiran bagi memantapkan lagi latihan perguruan yang dilaksanakan di kedua-dua institusi ini.

 

 

 

 

Last Update
Thursday, 13 August 2009 07:40 AM

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 PSAG, IPIS | WEBMASTER