|
Pengenalan |
Tujuan Minggu Pusat
Sumber diadakan adalah untuk menerapkan
amalan dan budaya membaca sebahagian
daripada gaya hidup di kalangan warga
kampus. Ianya juga dapat menggalakkan
suasana pembelajaran harmoni dikalangan
warga kampus dengan menggalakkan
penyertaan semua dalam program minggu
pusat sumber yang telah dijalankan serta
menggalakkan perkongsian ilmu dengan
menggunakan perkhidmatan dan kemudahan
rujukan di pusat sumber supaya wujud
sikap gemar membaca di kalangan warga
kampus
Minggu pusat sumber telah
berlangsung selama 1 minggu iaitu dari 4
hingga 11 Mei 2009 dimana sepanjang
tempoh berkenaan, pihak pusat sumber
telah mengadakan beberapa aktiviti
seperti pameran dan jualan buku, pameran
Hari Guru dan pameran bertema ”Yang
Pertama”, Program sehari sebuah artikel
iaitu sebaran artikel terpilih kepada
semua warga kampus setiap hari minggu
pusat sumber, bengkel MyLib, OPAC,
Digital Library OUM dan Kemahiran
Internet (fasilitator daripada
Perpustakaan Negara Malaysia,
Perpustakaan OUM, pihak pusat sumber dan
Jabatan Teknologi Pendidikan),
kempen keahlian Perpustakaan Negara
Malaysia,
diskusi buku iaitu diskusi dalam tiga
bahasa (Arab, Melayu, Inggeris)
dan
Aktiviti Prasekolah
(bercerita dan mewarna)
|
|
|

Poster Minggu Pusat Sumber
|
|
| |
Pameran dan Gerai Jualan | 4 - 11 Mei 2009 |
Pameran yang telah diadakan adalah Pameran Hari
Guru, Pameran bertema "Yang Pertama" (maklumat
tentang pencapaian rakyat Malaysia dan peristiwa
penting yang berlaku di Malaysia), gerai jualan
buku, cermin mata dan both pemeriksaan kesihatan.
|
| |
Sehari Sebuah Artikel | 4 - 8 Mei 2009 |
Sehari sebuah artikel adalah merupakan program
sebaran maklumat iaitu sepanjang Minggu Pusat
Sumber, setiap warga kempus akan menerima satu
artikel berkaitan pelbagai bidang seperti
pendidikan, saikologi, motivasi dan teknologi
maklumat.
Antara
artikel tersebut adalah :
|
| |
Pendaftaran Perpustakaan Negara Malaysia | 5
Mei 2009 | 9.00 pagi - 4.30 ptg |
Kempen Keahlian Perpustakaan Negara (PNM) ini
diadakan bertujuan untuk mempromosikan keahlian
PNM di kalangan warga kampus. Ianya telah
dikendalikan oleh 2 orang pegawai PNM iaitu Pn
Mazni Mansor dan Cik Suzeanita Zilla Darolakhiar
dari Bahagian Khidmat Pelanggan PNM.
|
| |
Bengkel MyLib | 5 Mei 2009 | 9.00 pagi - 1.00
tgh hari |
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Haslinda
Kasim pustakawan daripada Bahagian Maklumat Umum,
Perpustakaan Negara Malaysia dan dibantu oleh Pn
Ismawani Ismail. Seramai 20 orang peserta telah
menyertai bengkel ini. Peserta bengkel telah
didedahkan dengan asas dan cara pengaksesan
pengkalan data MyLib seperti EBSCO HOST,
Emerald, BLIS dan sebagainya.
|
| |
Bengkel OPAC | 5 Mei 2009 | 2.30 - 4.30 ptg |
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Mohd
Nasrulhaq Mohd Diah, Pustakawan IPGM Kampus
Pendidikan Islam. Sesi bengkel mengandungi 2
bahagian iaitu tips penggunaan OPAC dan
pengenalan Katalog Induk Kebangsaan (KIK)
|
| |
Bengkel Digital Library OUM | 6 Mei 2009 |
9.00 pagi - 1.00 tgh hari |
Bengkel Digital Library OUM ini merupakan
bengkel kali kedua dikelolakan oleh
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Ahmad Sanusi,
OUM di kampus ini. Dua orang pustakawan (En
Mohamad Hafiz Morad dan En Shahril Effendi
Ibrahim) telah dijemput untuk memberikan
penerangan dan kaedah penggunaan koleksi digital
yang terdapat di dalam portal perpustakaan
tersebut. Antara pengkalan data yang telah
dipelajari adalah ProQuest, Ebrary dan
sebagainya.
|
| |
Bengkel Kemahiran Internet | 6 Mei 2009 |
2.30 - 5.00 ptg |
Kursus kemahiran internet ini
telah dikelolakan oleh En Karim Ejang dan En
Arbain Muhayat dari Jabatan Teknologi Pendidikan
dimana para peserta telah didedahkan tentang
pengenalan internet dan penggunaan aplikasi
enjin pencari iaitu Google.
|
| |
Diskusi Buku | 7 Mei 2009 | 8.30 pagi - 12.30
tgh hari |
Persiapan | 6 Mei 2009 | 3.00 ptg
Diskusi Buku
”Politically Correct Bedtime
Stories”
Panel : Medam Akma Aminuddin
(Jabatan Bahasa)
Pengacara Diskusi :
Tengku Budiman Tengku Mohd Ali
(PISMP 7.03)
Pengacara Majlis : Norlina Hud
(PISMP 5.03),,
Siti Mariyam Mohd Yusuf (PISMP
5.03)
Diskusi Buku
”Kamus Al-Miftah”
Panel : Ust Khairi
Zainuddin
Pengacara Diskusi : Mohd Safreen Shafie (PISMP
5.02)
Pengacara Majlis : Mohd Shahril Shafie (PISMP
5.02)
Diskusi Buku
”Merisa, Ya Cu’te Pozeljeti”
Panel : En Husin Fateh Din (Jabatan
Pengajian Melayu)
Pengacara Diskusi : Mohd Firdaus Kamarudin
(PISMP 5.01)
Pengacara Majlis :
Nor Azim Mohd Azam (PISMP 5.01)
|
| |
Aktiviti Prasekolah | 8 Mei 2009 | 9.00 -
11.30 pagi |
|
Persiapan dan rehearsal| 7 Mei 2009 | 300 ptg
Aktiviti prasekolah ini adalah
usahasama Pusat Sumber bersama Tadika Halimatun
Sa'adiah dan telah dikelolakan oleh pelajar KDPM
KEMAS semester 6. Pengisian program adalah sesi
bercerita, menyanyi dan sesi mewarna.
|
| |
Peraduan | 28 April - 8 Mei 2009 |
Sepanjang Minggu Pusat Sumber,
pihak Pusat Sumber Al-Ghazali telah mengadakan
peraduan seperti Teka Barcode, Teka Muka surat
Buku, Teka Berat Buku, Teka Silang Kata dan
Jejak Maklumat.
|
| |
Penilaian Program | 8 Mei 2009 | 2.45 ptg |
Sesi penilaian merupakan sesi
pemberian markah dan pemilihan pemenang peraduan
pusat sumber. Antara staf yang terlibat adalah
En Mohd Nasrulhaq Mohd Diah (Pustakawan), En Ab
Hakim Ab Latif (Pembantu Perpustakaan Kanan),
Anor Zaman Ahmat (pegawai khidmat singkat) dan
Normimie Osman (pegawai khidmat singkat).
|
| |
Majlis Penutup |
Majlis Penutup Minggu Pusat Sumber 2009 |
| |
Ahli Jawatankuasa |
|
|
|
Ahli
Jawatankuasa Minggu Pusat Sumber 2009
Pengerusi
Pn Hjh Norasiah Hj Abdullah
Setiausaha
En Mohd Nasrulhaq Mohd Diah
AJK Khas
En Ab Hakim Ab Latif
En Wan Kamarul Arif Wan Kamarulzaman
Pn Robiyah Fadzir
En Rashid Md Sar
En Anor Zaman Ahmat
Pn Normimie Osman
Ahli
Jawatankuasa Bersama
Unit Grafik
Unit Elektronik
Biro Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
PISMP Semester 5
Tadika Halimatun Sa'adiah
KDPM KEMAS Semester 6
"Membaca
Menjana Pendidik Berwawasan" |
| |
|
 |
| |
|
|
|