Aktiviti...

2005
2006
2007
2008

   Direktori

Keahlian
Peraturan
Panduan Pengguna
Waktu Urusan
Aktiviti
Statistik
Pelan PSAG
Peta Laman

  IPIS Online

Laman Utama
 

Aktiviti 2005

» LAWATAN KERJA KE PUSAT SUMBER MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR DAN PERPUSTAKAAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Lawatan ke Pusat Sumber MPRM


Lawatan ke Perpustakaan KUIS
Tarikh : 19 Disember 2005
Masa  :  8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban (MPRM) dan Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Satu lawatan kerja telah diadakan khusus untuk unit Pusat Sumber yang dihadiri oleh Pustakawan dan semua staf pusat sumber. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri sistem pengurusan perpustakaan terutama pelaksanaan sistem perpustakaan bersepadu yang digunakan seperti rangkaian, perkakasan yang digunakan dan pengoperasian atau 'hands on' di peringkat permulaan dan setelah sistem berkenaan beroperasi sepenuhnya.  

 

» MESYUARAT PELAKSANAAN (KICK OFF MEETING) SISTEM ILMU - PERLUASAN DI 7 BUAH MAKTAB PERGURUAN

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MPI
Tarikh : 14 Disember 2005
Masa  :  9.00 - 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber al-Ghazali, MPI

Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan dan penggunaan sistem perpustakaan bersepadu iaitu Sistem Perintis ILMU yang akan dibekalkan di 7 buah maktab perguruan. Sebelum ini ianya telah dilaksanakan di 9 buah maktab perguruan lain. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MPI Hj. Sasman bin Yasir dan telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah BPG Datin Asariah Meor Shaharuddin, wakil dari Bahagian Pembangunan BPG, Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan dari 7 buah maktab dan wakil dari Paradigm Sistem Berhad.

 

» PROGRAM LAWATAN KE MAKTAB PERGURUAN GAYA DAN MAKTAB PERGURUAN KENINGAU SABAH
Tarikh : 12 - 14 Disember 2005
Tempat : Maktab Perguruan Gaya dan Maktab Perguruan Keningau Sabah.

Lawatan kerja ini telah dikelolakan oleh Bahagian Pentadbiran MPI yang diketuai oleh Ketua Pembantu Tadbir Hj. Osman Daud bersama 20 staf pentadbiran. Lawatan ini bertujuan untuk membuat 'benchmark' dan memberi pendedahan kepada staf suasana dan sistem pengurusan di setiap unit pentadbiran maktab berkenaan. 

 

» KERJA-KERJA NAIK TARAF PUSAT SUMBER


Kerja-kerja pemasangan kaunter


Kerja-kerja mengecat

Tarikh : November - Disember 2005

Kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan kemudahan pusat sumber telah dijalankan secara berperingkat sepanjang November hingga Disember 2005. Ianya meliputi kerja-kerja seperti naik taraf kaunter sirkulasi dan rujukan, bilik kerja, tandas, lampu dan sebagainya.
 
» PELANCARAN PENGGUNAAN APLIKASI ICT


Perasmian interaktif dari Pengarah


Persembahan multimedia


Penerangan Al-Quran Digital Al-Muneer dari wakil Syarikat Darul Fikir
 

Tarikh : 28 September 2005
Masa  :  8.15 pagi
Tempat : Aras 1, Pusat Sumber al-Ghazali, MPI

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah MPI dan dihadiri oleh Ketua Jabatan, pensyarah dan pelajar MPI. Majlis bersejarah ini diadakan sebelum semua warga MPI meraikan hari perpisahan pengarah yang akan bertukar ke JAPIM mulai 4 Oktober 2005. Pelancaran yang diaggap 4 dalam 1 ini merangkumi penggunaan rekod pengunjung menggunakan komputer, penggunaan O.P.A.C., laman web dan penggunaan Al-Quran Digital Al-Muneer yang diperolehi melalui pembelian bahan rujukan di bawah peruntukan RM195,000.00 yang diperolehi tahun ini.
 
» PENGGUNAAN REKOD/DAFTAR PENGUNJUNG BERKOMPUTER DAN O.P.A.C.


Pelatih sedang mendaftar nama pada aplikasi rekod pengunjung


Penggunaan O.P.A.C.
 

Tarikh : 15 September 2005
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali, MPI

Pusat Sumber telah memulakan kemudahan Rekod Pengunjung oleh pensyarah, pelajar dan staf sokongan menggunakan komputer dan penggunaan Sistem Katalog Atas Talian (O.P.A.C. : Online Public Access Catalog) menggunakan perisian Win/ISIS percuma dari UNESCO melalui Perpustakaan Negara Malaysia. Aplikasi Rekod Pengunjung ini berfungsi untuk membuat bancian bilangan,tarikh dan masa kehadiran pengunjung di pusat sumber. Sistem O.P.A.C. pula hanya berfungsi untuk pencarian maklumat / rekod katalog pusat sumber sahaja. Namun proses pinjaman dan pemulangan masih lagi secara manual.
 
» KURSUS PENDEK KELOLAAN MAKTAB 


Peserta sedang membuat persembahan

Tarikh : 12-13 September 2005
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Sungai Choh, Hulu Langat Selangor

Kursus selama 2 hari anjuran Latihan Pembangunan Staf MPI dan telah dikendalikan oleh Ketua Pusat Sumber MPI. Ianya telah dihadiri oleh guru-guru dari pengkhususan dan bukan pengkhususan pusat sumber sekolah sekitar negeri Selangor. Diharap kursus ini dapat meningkatkan kefahaman guru tentang kepentingan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
 
» PROGRAM IQRA' (APRIL/MEI 2005 DAN JULAI/OGOS 2005 


Penyampaian hadiah program Iqra'


Persembahan nasyid pelajar PISMP semester 1
 

Tarikh : 9 September 2005
Tempat : Dewan Nik Mohd Muhyiden Musa, MPI

Tahniah kepada semua pemenang program Iqra'
April/Mei 2005
1. ZULKIFLI MUHAMAD
: KPLI 2.07 – 01
2.
NAJIBAH UMORUDDIN
: PISMP 3.02 – 15
3.
DAYANG EZRENY ALI YUSOF : PISMP 3.02 – 14

Julai/Ogos 2005
1.
SHUM POH SIN : KDP OUM 3 - 2798
2.
AISHAH SHAMSUDIN
: PISP-3.02 - 22
3.
FOONG CHEIW SEAW :
KDP OUM 4 - 2864
» BENGKEL PENGENALAN DAN PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) DAN FAIL MEJA


Lumut Country Resort


Taklimat dari pengarah


Para peserta bengkel

Tarikh : 23-26 Ogos 2005
Tempat : Lumut Country Resort, Lumut Perak

Bengkel ini telah disertai oleh semua staf pentadbiran MPI dan dibimbing oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Pustakawan dan Ketua Pembantu Tadbir sebagai Fasilitator. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman tentang konsep dan penyediaan MPK dan Fail Meja di samping dapat menyediakan fail meja dengan lebih berkesan dan berkualiti di mana ianya akan dijadikan sebagai sumber rujukan di peringkat jabatan dan individu. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suib bin Hj. Arshad Pengarah Maktab Perguruan Islam.
 
» PAMERAN DAN JUALAN BUKU


Tarikh : 8-11 Ogos 2005
Tempat : Aras 1, Pusat Sumber Al-Ghazali MPI

 
 
» BENGKEL PERISIAN WIN/ISIS FOR WINDOWS


Tarikh : 26-28 Julai 2005
Tempat : Makmal Komputer, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 20, Bangunan TH Selborn, Perpustakaan Negara Malaysia, 153 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Wan Mohamad Fazali Mohd Salleh, Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan, Perpustakaan Negara Malaysia. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada perisian WIN/ISIS template CUTe, ciri-ciri perisian serta memberi tunjuk ajar tentang cara pembinaan pengkalan data di perpustakaan.
 
» MESYUARAT PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA PERPUSTAKAAN

Antara yang hadir


Perbentangan Knowledge Hub Maktab Perguruan Zon Utara
 
Tarikh : 21-23 Julai 2005
Tempat : Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang Selangor.

Mesyuarat tahunan ini telah dihadiri oleh pustakawan dari Maktab Perguruan Malaysia, perpustakaan Politeknik dan perpustakaan Kolej Matrikulasi. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan berkongsi idea tentang bidang profesion perpustakaan. Selain daripada mesyuarat, pihak penganjur juga telah aktiviti-aktiviti lain seperti ceramah motivasi, sesi persembahan "Cabaran dan Harapan dalam Perkhidmatan Perpustakaan Maktab Perguruan dan Politeknik, Sukaneka serta ceramah dan perbincangan pengwujudan "Knowledge Hub" di kalangan Perpustakaan Akademik".
 
» MESYUARAT KETUA PUSAT SUMBER MAKTAB PERGURUAN MALAYSIA
  Tarikh : 20-22 Julai 2005
Tempat : Hotel Batu Peringgi, Pulau Pinang

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Ketua Pusat Sumber Maktab Perguruan Malaysia dan telah dikendalikan oleh Bahagian Sumber BPG. Mesyuarat juga turut menjemput Datin Siti Mariani S.M. Omar, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia untuk berkongsi pandangan tentang pengurusan Pusat Sumber Maktab.
 
» LAWATAN KHIDMAT NASIHAT PEMASANGAN PERISIAN WIN/ISIS TEMPLATE CUTe
  Tarikh : 19 Julai 2005
Masa  : 3 petang
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali, MPI

Lawatan khidmat nasihat ini telah dikendalikan oleh En. Wan Mohamad Fazali Salleh dari Bahagian Khidmat Nasihat, Perpustakaan Negara Malaysia. Ianya bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini penggunaan Sistem WIN/ISIS yang akan digunakan di Pusat Sumber al-Ghazali seperti mewujudkan server dan memastikan rangkaian komputer dapat berfungsi dengan baik.
 
» BENGKEL PENGENDALIKAN PROGRAM BACAAN KEGEMARAN SAYA (BKS)


Sesi ceramah sedang dijalankan


Sesi persembahan BKS
 

Tarikh : 14 Julai 2005
Tempat : Bilik Syarahan, Aras 5, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bengkel BKS ini telah dihadiri oleh wakil dari Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Khusus, Perpustakaan Awam Negeri, Pusat Sumber Pendidikan Negeri serta pusat sumber sekolah seluruh Malaysia. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan bagaimana untuk mengendali dan mengurus program BKS di peringkat organisasi masing-masing. BKS bermaksud "Program galakan membaca yang bertujuan untuk memperkenalkan bahan bacaan yang digemari di samping menjadi saluran perkongsian bahan bacaan yang digemari dengan orang ramai". Pihak penganjur turut menjemput seorang penggiat teater terkenal iaitu Fauziah Nawi untuk menjayakan persembahan BKS yang dipengerusikan oleh Pn. Shamsul Kamariah Pengarah Bahagian Pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia.
 
» CERAMAH IKHTISAS PROFESIONALISME PUSTAKAWAN


Sesi ceramah
 

Tarikh : 11 Julai 2005
Tempat : Aras 5, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Tujuan ceramah ini diadakan untuk meningkatkan profesionalisme dan keupayaan pustakawan di dalam kerjaya di samping memberi pendedahan kepada pustakawan akan kepentingan melibatkan diri di dalam persatuan profesional. Penceramah adalah Pn. Rohani Rustam mantan Ketua Pusat Dokumentasi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk ceramah ialah "Penerbitan dan Kepustakawanan : Menghasilkan dan Mengurus Bahan yang Tidak Diperlukan".

» PAMERAN P&P SEMPENA KONVOKESYEN MPI KE-25





GALERI FOTO
»

Tarikh : 7-12 Julai 2005
Tempat : Aras 1, Pusat Sumber al-Ghazali MPI.

Pameran ini adalah bertujuan untuk mengemukakan beberapa inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar Maktab Perguruan Islam untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ianya telah dirasmikan oleh Yg. Berbahagia Dato' Seri Dr. Mohd. Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor.

» GOTONG ROYONG



 
Tarikh : 31 Mei - 1 Jun 2005
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali MPI.

Sempena cuti pertengahan tahun yang lalu, pusat sumber MPI telah mengadakan gotong-royong mengubah kedudukan rak, meja dan buku di aras 1 pusat sumber yang bertujuan untuk membuat penambahbaikan dan persiapan pameran P&P sempena Konvokesyen MPI yang akan diadakan pada 7 Julai 2005. Seramai 7 orang staf sokongan dari bahagian pentadbiran dan staf pusat sumber sendiri telah bersama-sama menjalankan tugas yang telah dirancang. Pihak pusat sumber mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat kerana pengubahsuaian rak dapat dilakukan kurang dari masa/hari yang dijangkakan.

» BENGKEL ASAS PENJILIDAN DAN PEMBAIKAN BUKU





 
Tarikh : 17-19 Mei 2005
Tempat : Bilik Syarahan 1, Aras 20, Bangunan TH Selborn, Perpustakaan Negara Malaysia, 153 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini telah dihadiri oleh staf dari kumpulan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan dari Jabatan/Institusi Kerajaan dan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pengenalan asas kerja-kerja pembaikan dan penjilidan buku, memperkenalkan bahan-bahan dan teknik-teknik asas dalam kerja pembaikan dan penjilidan serta memberi pengetahuan asas dalam aktiviti pemuliharaan. 

» KURSUS PENDIGITAN





Tarikh : 3-6 Mei 2005
Tempat : Makmal Komputer, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 20, Bangunan TH Selborn, Perpustakaan Negara Malaysia, 153 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kursus pendigitan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia ini telah dikendalikan oleh En. Shamsul Amar dan En. Safaruddin tenaga pengajar dari Vianza Enterprise iaitu salah sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat tempatan. Ianya telah disertai oleh 20 orang pustakawan dan penolong pustakawan dari Perpustakaan Negara, Jabatan/Institusi Kerajaan di bawah Skim Gunasama Perpustakaan dan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri. 

Objektif kursus ini adalah untuk melengkapkan kefahaman mengenai repository digital dan mengimplimentasikan cara menyimpan data digital. Selain daripada itu ianya diharap dapat membantu peserta melengkapkan kefahaman mengenai pendigitan dan pemeliharaan maklumat secara sulit. Peserta telah didedahkan dengan pengenalan, spesifikasi dan teknik menggunakan mesin pengimbas (scanner) di samping mempraktikkan cara-cara penghasilan maklumat digital menggunakan perisian OCR (Optical Character Recognition) atau "Desktop OmniPage", Adobe Photoshop, Adobe Acrobat, MS Word dan sebagainya.

» PROGRAM IQRA' (APRIL 2005)

Tarikh : 29 April 2005
Tempat : Dewan Nik Mohd Muhamad Mohyiden Musa, MPI.

Pihak pusat sumber mengucapkan tahniah kepada semua pemenang program Iqra' bagi bulan April iaitu Raudhah Rashidi KDPM 5.03 / 11386, Hakimah Abdullah KPLI 1.04 / 11904, Zety Marlida Mansor KPLI 1.04 / 11915, Mohd. Razally Zakaria KDPM 5.01 / 11303 dan Zubaidah Che Sulaiman KDPM 5.03 / 11390.

» KURSUS LITERASI MAKLUMAT



Tarikh : 27-28 April 2005
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Gombak Selangor

Kursus selama 2 hari telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru, Gombak Selangor anjuran Latihan Pembangunan Staf MPI dan telah dikendalikan oleh Pusat Sumber MPI. Ianya telah dihadiri oleh guru-guru dari pengkhususan dan bukan pengkhususan pusat sumber sekolah sekitar negeri Selangor. Diharap kursus ini dapat meningkatkan kefahaman guru tentang kepentingan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
 
» PELUPUSAN KOLEKSI PUSAT SUMBER



Tarikh : 12 April 2005
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali, MPI.

Pada Disember 2005, Pusat Sumber telah membuat pelupusan untuk buku-buku lama yang rosak dan tidak bersesuaian dengan keperluan maktab. Satu Jawatankuasa Pelupusan telah diwujudkan yang diketuai oleh Puan Faridah Hashim dari Jabatan Pengajian Melayu (sebagai pengerusi) dan 2 orang pensyarah MPI untuk memastikan proses pelupusan dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pemantauan telah dilakukan pada 12 April yang lalu dan ahli Jawatankuasa Pelupusan mencadangkan agar kerja-kerja pelupusan perlu dilakukan dari masa kesemasa memandangkan masih terdapat koleksi-koleksi bahan yang perlu dilupuskan. Bahan yang telah dilupuskan akan diagih ke pusat sumber sekolah.

» PROGRAM MINGGU TAYANGAN FILEM



Tarikh : 9 April 2005
Tempat : Bilik Serbaguna Pusat Sumber al-Ghazali, MPI.

Satu program tayangan filem telah diadakan bertujuan untuk mempromosikan koleksi video kaset dan video CD yang terdapat di pusat sumber. Tayangan adalah berkonsepkan pendidikan dan Islam. Penonton yang bertuah telah menerima hadiah cabutan bertuah dipenghujung tayangan tersebut. Namun sambutan tayangan yang pertama kali diadakan adalah tidak menggalakkan.

» KURSUS KEMAHIRAN MENGESAN MAKLUMAT





 

Tarikh : 9 April 2005
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali dan Makmal Komputer 1, MPI

Kursus bertajuk "Kemahiran Mengesan Maklumat’ anjuran Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Latihan Pembangunan Staf maktab telah berlangsung di Pusat Sumber al-Ghazali dan Makmal Komputer 1 MPI dimana seramai 15 peserta terdiri daripada pensyarah dan staf pentadbiran maktab hadir kursus berkenaan. Objektif kursus adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga maktab mengenai sistem pengkelasan yang digunakan di pusat sumber dan pencarian maklumat melalui internet menggunakan enjin pencari, direktori internet, meta search engine dan pencarian maklumat menggunakan teknik boolean search. Para peserta juga telah didedahkan dengan penggunaan dan kaitan laman web Pusat Sumber al-Ghazali dalam membantu pencarian maklumat di Internet.

» PROGRAM WACANA ILMU


Taklimat Timbalan Pengarah Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan PNM

Tarikh : 31 Mac 2005
Tempat : Maktab Perguruan Teknik (MPT), Kuala Lumpur

Satu ceramah bertajuk 'Knowledge management' dan kaitannya dengan Pusat Sumber telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia. Ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Sumber MPT ini telah dihadiri oleh semua warga Maktab Perguruan Teknik, Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan sekitar Lembah Kelang.

» PAMERAN DAN JUALAN BUKU

Tarikh : 29 - 31 Mac 2005
Tempat : Ruang legar Pusat Sumber al-Ghazali, MPI.

Pameran dan jualan buku telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga maktab tentang buku-buku baru yang berada dipasaran khususnya buku-buku dalam bidang Islam, motivasi, pendidikan dan sebagainya. 

» PROGRAM IQRA' JANUANRI/FEBRUARI 2005


Dari kiri Tn. Haji Sulong Samad (KJ HEP), Tuan Haji Sasman bin Yasir (Timbalan Pengarah) dan Mohd Rifki (Naib YDP JPP)


Antara yang hadir

Tarikh : 29 Mac 2005
Tempat : Dewan Nik Mohd Mohyiden Musa, MPI.

Program Iqra' telah diadakan semasa perhimpunan bulan Mac 2005 bagi menghargai peminjam buku terbanyak bagi bulan Januari/Februari 2005. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh semua staf akademik dan semua pelajar MPI. Diharap program ini dapat menggalakkan lagi peminjaman koleksi pusat sumber seterusnya dapat melancarkan lagi kempen galakan membaca peringkat maktab. Pihak pusat sumber mengucapkan tahniah kepada Dayang Ezreny Ali Yussof PISMP / 2.02 / 014, Nadrah Khaidir PISMP / 2.01 / 075 dan Nurul Farhana Mokhtar PISMP / 2.01 / 067.


» GOTONG ROYONG
Tarikh : Khamis 17 Mac 2005
Tempat : Aras 2 Pusat Sumber al-Ghazali, MPI.

Aktiviti gotong royong ini diadakan bertujuan untuk mengubah kedudukan rak buku di aras 2 pusat sumber dengan bantuan staf pengurusan Maktab Perguruan Islam dan staf pusat sumber sendiri. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 

» MESYUARAT PUSTAKAWAN PERKHIDMATAN GUNASAMA PERPUSTAKAAN 2005 BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA







 

Tarikh : Isnin 14 Mac 2005
Tempat : Ballroom 3, Tingkat 10, Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ketua pustakawan di bawah Skim Perkhidmatan Gunasama yang terdiri daripada perpustakaan akademik (Pusat Sumber Maktab Perguruan, perpustakaan Politeknik), perpustakaan khusus (perpustakaan perundangan, perpustakaan perubatan dan sebagainya. Mesyuarat dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua pegawai ikhtisas untuk bertemu dan berbincang mengenai perkembangan serta isu semasa perpustakaan khusus.

Turut diadakan pembentangan Laporan / Kertas Kerja

a) Hasil Kajian Rintis Keberkesanan Pemakaian Garis Panduan Perpustakaan Khusus oleh Pensyarah Falulti Pengurusan Maklumat UiTM Prof. Madya Dr. Suhaimi Zakaria, Prof. Madya Dr. Adnan Jamaludin dan Prof. Madya Norma Abu Seman.

b) Pembangunan Perpustakaan di bawah kementerian Kesihatan oleh Nik Zakiah Nik Abdullah Pustakawan Kementerian Kesihatan.

 

Last Update
Thursday, 22 January 2009 01:27 PM

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 PSAG, IPIS | WEBMASTER