|
|
» LAWATAN KERJA DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN
BRUNEI DARUSSALAM |

Lawatan ke
Pusat Sumber

Penerangan tentang sistem perpustakaan
ILMU oleh En Nas

Ahli rombongan
|
Tarikh
: 7 Disember 2006
Institut Perguruan Islam telah dilawati
oleh Kementerian Pendidikan Brunei
Darussalam yang mana ianya bertujuan
ingin berkongsi pengalaman dan proses
pengurusan institut pendidikan dan
sekolah di Malaysia.
Pusat
Sumber juga turut memberikan imput
kepada pelawat tentang pengurusan dan
pengendalian sistem perpustakaan yang
telah digunakan. Selain daripada
berkongsi pengetahuan tentang
pembangunan koleksi, wakil pelawat juga
berminat untuk mendapatkan senarai
rujukan yang digunakan di pusat sumber
iaitu senarai terbaru yang berkenaan
dengan ilmu pendidikan, kurikulum dan
pengajian Islam.
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN KERJA DARIPADA INSTITUT PERGURUAN KENT,
SABAH |

Lawatan ke
Pusat Sumber

Melawat bilik Red Spot
|
Tarikh
: 5 Disember 2006
Institut Perguruan Kent, Tuaran Sabah
telah membuat lawatan kerja ke IPIS
terdiri daripada pengarah, pensyarah,
Ketua Pusat Sumber dan staf bahagian
pentadbiran. Tujuan adalah berkongsi
pandangan dan pengalaman dalam mengurus
pentadbiran akademik dan pengurusan
institut. Dari segi pusat sumber, IP
Kent ingin menimba pengalaman dan tahap
penggunaan sistem perpustakaan ILMU yang
telah beroperasi kepada pengguna (operasi
Sirkulasi) sejak September yang lalu. |
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN KERJA DARIPADA INSTITUT PERGURUAN TAWAU,
SABAH |

Majlis
Taaruf

Penyampaian cederamata pengarah kepada
pustakawan IP Tawau
|
Tarikh
: 1 Disember 2006
Institut Perguruan Tawau Sabah telah
membuat lawatan kerja ke IPIS terdiri
daripada beberapa orang pensyarah, staf
serta pustakawan. Tujuan adalah
berkongsi pandangan dan pengalaman dalam
mengurus pentadbiran akademik dan
pengurusan institut. Dari segi pusat
sumber, IP Tawau ingin menimba
pengalaman dan proses kerja mengurus
koleksi dengan menggunakan sistem
perpustakaan ILMU yang telah beroperasi
kepada pengguna (operasi Sirkulasi)
sejak September yang lalu. |
|
|
|
 |
| |
|
» JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT SUMBER 2006 |
|
Tarikh
: 16 November 2006
Masa : 3.00 petang
Tempat : Aras 1 Pusat Sumber
Jamuan ini telah dihadiri oleh semua
staf pengurusan serta pensyarah institut.
Diharap aktiviti seperti ini dapat
mengeratkan lagi keakraban dan kerjasama
antara semua warga IPIS. |
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN KERJA DARIPADA GURU-GURU BESAR INDONESIA |
|
Tarikh
: 15 November 2006
|
|
|
|
 |
| |
|
» MESYUARAT KETUA PUSAT SUMBER DAN PUSTAKAWAN 2006 |

Antara ahli
mesyuarat yang hadir

Bahagian Koleksi Perdana, Universiti
Malaysia Sabah
|
Tarikh
: 25 - 29 September 2006
Tempat : Hotel Tang Dynasty, Kota
Kinabalu, Sabah
Mesyuarat tahunan yang telah di anjurkan
oleh Bahagian Pendidikan Guru ini telah
dihadiri oleh semua Ketua Pusat Sumber
dan Pustakawan institut perguruan
seluruh Malaysia yang bertujuan untuk
berbincang dan merancang tentang
pembangunan Pusat Sumber IPG. Selain
daripada itu ahli mesyuarat juga dibawa
melawat ke perpustakaan Universiti
Malaysia Sabah. |
|
|
|
 |
| |
|
» MESYUARAT PERPUSTAKAAN AKADEMIK, SKIM
PERKHIDMATAN GUNASAMA, PERPUSTAKAAN NEGARA
MALAYSIA |

Mesyuarat
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia

Ahli peserta Mesyuarat

Lawatan ke perpustakaan Universiti
Petronas
|
Tarikh
: 2 - 4 Ogos 2006
Tempat : Hotel Orient Star, Lumut Perak
Mesyuarat yang telah dianjurkan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia ini telah
dihadiri oleh semua pustakawan institut
perguruan, perpustakaan politeknik dan
perpustakaan kolej matirkulasi. Ianya
juga telah dihadiri oleh penyelaras
Pusat Sumber Institut Perguruan dan
penyelaras Politeknik selain daripada
pegawai-pegawai Bahagian Khidmat Nasihat,
Bahagian Sumber Manusia dari
Perpustakaan Negara Malaysia.
Selain
daripada itu, ahli mesyuarat juga
berpeluang melawat dan menimba
pengalaman di perpustakaan Universiti
Petronas seperti aspek-aspek pengurusan,
susunan koleksi, perkhidmatan dan
kemudahan yang disediakan.
|
|
|
|
 |
| |
|
» PELANCARAN BULAN MEMBACA 2006 |

Antara
program yang telah dijalankan

Ucapan dan perasmian oleh Menteri KeKKWa
YAB Dato' Rais Yatim
|
Tarikh
: 14 Julai 2006
Masa : 8.30 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Auditorium Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur
Pelancaran bulan membaca ini adalah
pertama kali diadakan oleh Perpustakaan
Negara di bawah Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dimana
sebelum ini PNM adalah di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis
pelancaran ini telah dihadiri oleh semua
wakil perpustakaan seluruh Malaysia yang
terdiri oleh perpustakaan akademik,
perpustakaan awam, perpustakaan swasta
dan sebagainya. |
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS OPEN SOURCE (LINUX) |

Penyampaian
sijil

Peserta Kursus
|
Tarikh
: 11 - 13 Julai 2006
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer Aras 5,
Bangunan TH Selborne, Perpustakaan
Negara Malaysia
Kursus ini telah dianjurkan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia dan telah
dikendalikan oleh syarikat JNA
Professional Training Centre. Kursus ini
telah dihadiri oleh kakitangan
perpustakaan Skim Perkhidmatan Gunasama
PNM yang terdiri daripada pegawai
perpustakaan institut perguruan,
politeknik, matrikulasi serta
kementerian dan jabatan kerajaan. |
|
|
|
 |
| |
|
» PAMERAN SEMPENA HARI GURU 2006 |

Pameran
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
|
Tarikh
: 14 - 16 Aprill 2006
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Kuala Lumpur
Pameran ini diadakan sempena Hari Guru
2006 peringkat kebangsaan yang telah
disertai oleh badan-badan kerajaan,
badan berkanun dan pihak swasta. Pihak
pusat sumber telah bergabung dengan
pusat sumber maktab Zon Tengah untuk
pengendalian pameran berkenaan. |
|
|
|
 |
| |
|
» CERAMAH PENGGUNAAN PENGKALAN DATA PERPUSTAKAAN
DITIGAL OUM |

Ceramah
yang dikendalikan oleh pustakawan OUM |
Tarikh
: 12 April 2006
Masa : 2.30 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Idris al-Marbawi,
Institut Perguruan Islam Bangi (IPIB)
Sesi ceramah yang dikendalikan oleh
En. Hafiz, pustakawan dari Perpustakan Digital OUM
ini bertujuan untuk memberi maklumat dan
cara penggunaan pengkalan data digital
OUM yang boleh diakses secara online
oleh setiap pelajar KDP OUM. |
|
|
|
 |
| |
|
» PESTA BUKU ANTARABANGSA 2006 |

Perasmian
"Kamus Besar Bahasa Arab - Bahasa
Melayu DBP"

Sekitar
Pesta Buku Antarabangsa 2006 |
Tarikh
: 27-28 Mac 2006
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur
Seramai 20 pensyarah iaitu wakil dari
setiap jabatan MPI telah bekerjasama
dengan Unit Pusat Sumber untuk membuat
pemilihan dan senarai buku baru sempena
Pameran Buku Antarabangsa yang telah
diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Peluang
keemasan ini telah diambil oleh para
pensyarah untuk melihat sendiri
bahan-bahan yang bersesuaian dengan
kurukulum maktab di samping dapat
membantu pihak pusat sumber untuk
membuat pembelian dan perolehan koleksi
pusat sumber. |
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS PEMBANGUNAN KERJAYA DAN MOTIVASI |

Sesi
ceramah oleh Timbalan Pengarah MPI

Sesi riadah |
Tarikh
: 14-16 Mac 2006
Tempat : Swiss Garden & Spa,
Beserah, Kuantan, Pahang
Kursus ini telah dianjuran oleh Bahagian
Pentadbiran MPI dan telah dihadiri oleh
24 orang staf pentadbiran. Sesi ceramah
telah dikendalikan sendiri oleh Timbalan
Pengarah, pensyarah dan konselor MPI
serta seorang penceramah jemputan.
Antara ceramah yang telah disampaikan
adalah Waja Diri, Pembentukan Sahsiah
Diri, Pengurusan Menghadapi Stress,
Pekerja Cemerlang Maktab Gemilang.
Adalah amat diharapkan agar kursus ini
dapat membantu peserta untuk
meningkatkan lagi motivasi diri dan
dapat membantu pihak maktab untuk
mengurus personal dengan lebih
berkualiti dan profesional. |
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS PENDEK KELOLAAN MAKTAB "KURSUS
LITERASI MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER" |

Persembahan
oleh peserta kursus |
Tarikh
: 8-9 Mac 2006
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Sepang
Kursus ini telah dikendalikan oleh JK
KPKM dan Unit Pusat Sumber MPI dan telah
dihadiri oleh guru-guru sekitar Selangor.
Kursus ini serba sedikit dapat
meningkatkan kefahaman guru-guru tentang
literasi dan pengendalian maklumat
khusus untuk golongan sasaran bagi
murid-murid di peringkat sekolah rendah
di samping dapat mengenali kepentingan
dan peranan pusat sumber sekolah dalam
peningkatan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. |
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS PENGAPLIKASIAN SISTEM ILMU |

Sesi
Pengkatalogan Berkomputer oleh Pn. Salmah
pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM

Peserta kursus |
Tarikh
: 27 Februari - 2 Mac 2006
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Unit ILMU, Universiti
Teknologi Mara, Selangor
Kursus ini adalah merupakan sambungan
dari Kursus Asas Pengendalian Sistem
ILMU dan ianya telah dihadiri oleh Ketua
Pusat Sumber dan Pustakawan dari 7 buah
maktab yang terpilih. Kursus selama 4
hari ini telah dianjurkan oleh Unit ILMU,
Universiti Teknologi Mara dan telah
dikendalikan oleh pensyarah dari Fakulti
Pengajian Maklumat dan tenaga pengajar
dari Unit ILMU sendiri. Kursus ini
bertujuan untuk memberi pendedahan lebih
mendalam tentang modul-modul sistem yang
telah dilanggan seperti Authority
Control, Circulation, Cataloging,
Foundation dan InfoTrack. |
|
|
|
 |
| |
|
» PEMASANGAN SISTEM ILMU DAN KURSUS ASAS
PENGENDALIAN SISTEM ILMU DARI SYARIKAT PARADIGM
BERHAD |

Kursus asas Sistem ILMU |
Tarikh
: 23-24 Januari 2006
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber al-Ghazali, MPI
Pusat Sumber al-Ghazali MPI adalah
antara 7 buah maktab yang terpilih untuk
pengaplikasian Sistem Perpustakaan
Bersepadu ILMU hasil daripada "kick
off meeting" yang telah diadakan
pada bulan Disember lalu antara BPG,
maktab, dan Syarikat Paradigm Bhd. Satu
kursus asas telah diadakan pada 24
Januari 2006 yang disertai oleh semua
staf pusat sumber dan wakil pensyarah
dari Jabatan Tenologi Pendidikan dan
dikendalikan sendiri oleh En. Emily Shazwan,jurutera sistem Paradigm Bhd.
Pemasangan sistem ILMU ini diharap dapat
meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan
pusat sumber. |
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS INDUKSI PENGURUSAN PUSAT SUMBER BAGI STAF
SOKONGAN MPI |

Kursus Induksi Pusat
Sumber |
Tarikh
: 4-6 Januari 2006
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber
al-Ghazali, MPI
Kursus ini dijalankan bagi staf sokongan
yang baru mula bertugas di Pusat Sumber
al-Ghazali. Ia bertujuan bagi menyedarkan
peranan dan tanggungjawab setiap staf di
pusat sumber bagi menjayakan misi dan visi
MPI untuk melahirkan guru pendidik Islam
dan Bahasa Arab yang berketerampilan dan
berwibawa. Objektif kursus adalah untuk
meluaskan pengetahuan, meningkatkan
kemahiran dan melahirkan pekerja yang
bertanggungjawab dalam urusan berkaitan
pengurusan pusat sumber. |
|
|
|
 |
|
|
|
|