|
|
» LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UPSI DAN PERPUSTAKAAN
HYPERMEDIA MPSJ |
Tarikh : 3
Disember 2007
Tempat : Perpustakaan UPSI dan Perpustakaan
Hypermedia MPSJ
Staf pusat sumber
telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan
Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim
dan Perpustakaan Hypermiedia Majlis Perbadanan
Subang Jaya. Banyak perkara-perkara penting
boleh dijadikan 'benchmark' terutama sekali di
perpustakaan UPSI yang dahulunya dikenali
sebagai maktab perguruan dan kini telah
dinaikkan taraf kepada perpustakaan universiti.
Ianya dapat dijadikan contoh kepada pusat sumber
IPIS kearah mewujudkan perpustakaan bertaraf
universiti dimasa akan datang.

Perpustakaan UPSI
|

Ruang dalaman
|

Ruang pameran
|

Bergambar bersama staf
perpustakaan UPSI |

Penerangan oleh pegawai
perpustakaan
|

Ruang bacaan bahan
terbitan bersiri
|

Ruang bacaan untuk
kanak-kanak
|

Bergambar bersama staf
perpustakaan MPSJ
|
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS MARC 21 |

Taklimat
tentang kepentingan MARC21 untuk projek
Katalog Induk Kebangsaan oleh pengarah
Bahagian Bibliografi Negara, PNM
|
Tarikh :
28 - 30 November 2007
Tempat : Bilik Komputer, Aras 20, Bangunan
TH Selborne, Perpustakaan Negara
Malaysia
Kursus MARC21 diadakan adalah khusus
untuk perpustakaan-perpustakaan yang
menyertai projek Katalog Induk
Kebangsaan fasa ke-2 yang terdiri
daripada pusat sumber IPG, perpustakaan
politeknik, matrikulasi, kementerian dan
jabatan serta badan berkanun. MARC21
atau Machine Readable Catalog 21
merupakan format terkini yang digunakan
untuk pengkatalogan elektronik
antarabangsa dalam penggunaan sistem
perpustakaan / sistem automasi. |
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN PENANDA ARASAN DI PERLIS |

Pusat Sumber
IP Perlis

Koleksi pinjaman di aras 2

Bergambar bersama Ketua Pusat Sumber dan
Penolong Pegawai Perpustakaan pusat
sumber IP Perlis
|
Tarikh :
24 - 27 November 2007
Tempat : Institut Perguruan Perlis,
Universiti Malaysia Perlis dan
Seramai 25 orang taf pengurusan IP Islam
telah mengadakan lawatan penanda arasan
di beberapa lokasi di negeri Perlis.
Antara tempat yang telah dilawati adalah
Institut Perguruan Perlis, Universiti
dan Jabatan Pertanian Perlis.
Staf pusat
sumber berpeluang melawat pusat sumber
Institut Perguruan Perlis di mana mereka
dapat berkongsi pengalaman tentang susun
atur koleksi, perkhidmatan dan kemudahan
serta ruang berkerja staf yang lebih
kondusif dan selesa.
Selain
daripada itu staf pengurusan juga telah
melawat bahagian-bahagian lain seperti
unit pentadbiran, stor, bilik kaunseling
dan sebagainya.
|
|
|
|
 |
| |
|
» MESYUARAT KETUA PUSAT SUMBER DAN PUSTAKAWAN |
|
|
|
|
 |
| |
|
» KUIZ TAYANGAN KEMERDEKAAN |

Kuiz
tayangan

Peserta sedang menonton sambil menjawab
soalan
|
Tarikh :
15 dan 29 Ogos 2007
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Aras 1 Pusat Sumber
Sempena bulan kemerdekaan, pusat sumber
telah menganjurkan Kuiz Tayangan
Kemerdekaan yang telah disertai oleh
pelajar-pelajar institut. Tayangan telah
diadakan sebanyak 2 sesi pada 2 tarikh
yang berbeza. Antara filem yang telah
ditayangkan adalah filem 'Bilut" dan
filem 'Leftenan Adnan'. Hadiah pemenang
akan disampaikan pada majlis penutup
Bulan Kemerdekaan peringkat institut. |
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN DELEGASI THAILAND KE IPIS |
Tarikh :
28 Jun 2007
Tempat : Institut Perguruan Islam
Selangor

Ketibaan pelawat
|

Sesi perbincangan
|

Lawatan ke pusat sumber
|

Penerangan tentang
kemudahan pusat sumber |
|
|
|
 |
| |
|
» BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENGKELASAN ISLAM
ZIAUDDIN SARDAR |

Bengkel
Pengkelasan Islam |
Tarikh
: 11 - 13 Jun 2006
Tempat : Hotel Sri Malaysia, Melaka
Bengkel ini diadakan berikutan mesyuarat
pengurusan sistem pengkelasan Islam
Ziaudin Sardar yang diadakan pada 14
Februari yang lalu. Ia telah dianjurkan
oleh Pusat Sumber Jabatatan Kehakiman
Syariah Malaysia dan telah dihadiri oleh
wakil perpustakaan JAKIM, Darul Quran,
masjid Negara, Institut Perguruan Islam
dan Institut Latihan Islam Malaysia.
Fasilitator bengkel ini adalah En
Muhamad bin Musa daripada Bahagian
Khidmat Teknik Perpustakaan Negara
Malaysia. |
|
|
|
 |
| |
|
» SEMINAR KATALOG INDUK KEBANGSAAN (KIK) |

Seminar KIK
|
Tarikh
: 9 Mei 2007
Tempat : Auditorium Perpustakaan Negara
Malaysia
Seminar anjuran Perpustakaan Negara
Malaysia ini telah dihadiri oleh semua
pustakawan di bawah skim perkhidmatan
PNM di bawah kelolaan Bahagian
Bibliografi Negara, PNM. Ianya merupakan
sesi pendedahan awal kepada pustakawan
tentang tujuan dan kebaikan yang dapat
diperolehi daripada program Katalog
Induk Kebangsaan yang kini telah melalui
fasa 1 yang melibatkan perpustakaan
universiti, badan bergabung, swasta,
kementerian dan sebagainya. Perpustakaan
yang menyertai program ini berpeluang
berkongsi data katalog dengan pengguna
lain menggunakan portal KIK secara
online. Pusat Sumber IPIS akan menyertai
program ini pada fasa ke-2 nanti. |
|
|
|
 |
| |
|
» KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT - ORGANISASI
MAKLUMAT 1 (PENGKELASAN) |

Sesi kursus
|
Tarikh
: 28 - 29 Mac 2007
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Sepang
Kursus ini telah dikelolakan oleh unit
Pusat Sumber IPIS di bawah program
Kursus Pendek Kelolaan Institut anjuran
unit Latihan Pengurusan Staf. Kursus
organisasi maklumat ini dihadiri oleh
guru-guru sekitar Selangor dan mereka
telah pendedahan awal kepada peserta
tentang sistem pengkelasan Dewey. |
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN KE PUSAT SUMBER INSTITUT PERGURUAN
PERSEKUTUAN PULAU PINANG |

Ruang bacaan
pusat sumber IPPPP |
Tarikh
: 22 Mac 2007
Masa : 3.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber, IPPPP
Lawatan ini merupakan susulan daripada
audit dalaman MS-ISO 9001:2000 IPIS ke
IPPPP. |
|
|
|
 |
| |
|
» LAWATAN PENANDA ARASAN PUSAT SUMBER INSTITUT
PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM |

Staf Pusat
Sumber IPSAH

Taklimat daripada En Nas |
Tarikh :
14 Mac 2007
Masa : 2.30 ppetang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna, Pusat Sumber
Lawatan penanda arasan ini bertujuan
untuk berkongsi maklumat dan pengalaman
dalam pengurusan dan pengoperasian
sistem perpustakaan ILMU yang telah
digunakan oleh pusat sumber IPIS. Pusat
sumber IPSAH telah menggunakan sistem
perpustakaan asas dan mungkin akan
dibekalkan dengan sistem baru pada masa
akan datang. |
|
|
|
 |
| |
|
» MESYUARAT PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK
PERINGKAT IKHTISAS, SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA |

Pegawai dari
Perpustakaan Negara

Pustakawan yang hadir

Taklimat daripada
pengarah Perpustakaan Negara pada
llawatan ke perpustakaan desa kg.Padang
Lalang |
Tarikh : 9
- 10 Mac 2007
Tempat : Langkawi Kedah
Mesyuarat peringkat tahunan ini
merupakan perjumpaan rutin setiap tahun
yang di anjurkan oleh Perpustakaan
Negara untuk pustakawan di peringkat
skim perkhidmatan gunasama perkhidmatan
perpustakaan. Ianya telah dipengerusikan
oleh pengarah PNM Pn. Siti Zakiah Aman
dan dibantu oleh pegawai daripada
Bahagian Khidmat Nasihat Bahagian
Bibliografi Negara.
Selain
daripada itu turut juga diadakan ceramah
pengenalan kepada Katalog Induk
Kebangsaan yang akan dilaksanakan di
perpustakaan gunasama secara
berperingkat.
Ahli
mesyuarat juga turut dibawa melawat ke
Perpustakaan Desa Kg. Padang Lalang
Langkawi yang baru beroperasi pada tahun
2006.
|
|
|
|
 |
| |
|
» MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM PENGKELASAN ISLAM
ZIAUDDIN SARDAR |

KSesi mesyuarat |
Tarikh :
14 Februari 2007
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia (JKSM)
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh
pustakawan dan wakil perpustakaan yang
menggunakan Sistem Pengkelasan Islam
Ziauddin Sardar dan ianya dipengerusikan
oleh pengarah JKSM sendiri. Ianya
bertujuan untuk berkongsi pandangan,
masalah dan merancang untuk melengkapkan
lagi manual pengkelasan yang digunakan.
Turut hadir adalah pengarah Bahagian
Khidmat Nasihat Perpustakaan Negara
Malaysia En Kamaruddin Nata yang banyak
memberi imput dalam usaha untuk
membangunkan dan mengemaskini manual
sistem pengkelasan Islam sedia ada. |
|
|
|
 |
|
|
|
|