Aktiviti...

2005
2006
2007
2008

   Direktori

Keahlian
Peraturan
Panduan Pengguna
Waktu Urusan
Aktiviti
Statistik
Pelan PSAG
Peta Laman

  IPIS Online

Laman Utama
 
Berita dan Aktiviti 2008

 

 
» LAWATAN PENANDA ARASAN KE INSTITUT PERGURUAN TAWAU SABAH

Lawatan ke Pusat Sumber IP Tawau

 
Tarikh : 14-17 Disember 2008
Tempat : Institut Perguruan Tawau, Sabah

Lawatan penanda arasan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran IPIS dan telah dihadiri oleh staf-staf pengurusan dari unit pusat sumber, pentadbiran, kewangan, asrama, praktikum dan unit peperiksaan. Ianya bertujuan supaya staf dapat berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan pelaksanaan tentang bidang tugas masing-masing.

 

 
» KEJOHANAN BOWLING TEN-PIN, PUSAT SUMBER AL-GHAZALI, IPIS


 
Tarikh : 13 Disember 2008
Masa : 10.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : A-Bess Bowl, South City, Serdang Selangor

Kejohanan ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Pusat Sumber Al-Ghazali dimana untuk permulaan ianya terbuka kepada semua staf dan mantan staf Pusat Sumber Al-Ghazali.

 

 
» MAJLIS SOFT LAUNCH SISTEM KATALOG INDUK KEBANGSAAN (KIK) DAN SEMINAR PERPUSTAKAAN DIGITAL

Seminar Perpustakaan
Digital


Dialog KIK
 
Tarikh : 5 Disember 2008
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Perpustakaan Negara Malaysia

Majlis ini telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Muzahet bin Masruri, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Ianya telah dihadiri oleh pustakawan-pustakawan universiti, kementerian, jabatan dan perpustakaan khusus yang telah turut serta dalam projek Katalog Induk Kebangsaan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah demonstrasi KIK, seminar perpustakaan digital dan dialog Sistem Katalog Induk Kebangsaan (isu dan cabaran)

Untuk maklumat lanjut, layari http://kik.pnm.my

 

 
» WORLD CONGRESS OF MUSLIM LIBRARIANS AND INFORMATION SCIENTISTS (wCOMLIS) 2008 "Knowledge Improvement and Information Resources Enrichment"



wCOMLIS participants
Date : 25-27 November 2008
Venue : PWTC, Kuala Lumpur
 
The World Congress of Muslim Librarians and Information Scientists (wCOMLIS) is continuation of the Congress of Muslim Librarians and Information Scientists (COMLIS) one of the congresses that gather information professionals (consisting of librarians, information scientists, information managers, etc) from Islamic and non-Islamic countries all over the world. It has countries all over the world. It has organized its events for several times throughout the world, such as:
  • 1st COMLIS, 1982, United States of America (USA)

  • 2nd COMLIS, October 20 – 22, 1986, Kedah, Malaysia

  • 3rd COMLIS, May 24 – 26, 1989, Istanbul, Turkey

  • 4th COMLIS, June 20 – 23, 1995, Tehran, Iran

Generally, wCOMLIS 2008 is organized to bring together Muslim librarians from all over the world to discuss on library related matters that affect them. It aims to cooperate on mutually beneficial schemes and to establish communication with each other through congresses, forums, and other forms of communication. It focuses on assisting each other in ways which will enhance the access and delivery of information to those who need it. It intends to foster the brotherhood of Islam amongst librarians and information professionals.

 

For more information visit wCOMLIS official website at http://www.wcomlis.org

 

 
» MESYUARAT KETUA PUSAT SUMBER DAN PUSTAKAWAN IPG, LAWATAN "BEST PRACTICE" PUSAT SUMBER INSTITUT PERGURAN ILMU KHAS (IPIK) DAN LAWATAN "BENCHMARKING" PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tarikh : 10-13 November 2008
Tempat : Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur, Pusat Sumber IPIK dan Perpustakaan UPSI


 
Mesyuarat KPS dan
Pustakawan
 
Taklimat Ketua Pusat Sumber
IPIK
Koleksi bahan bersiri
Pusat Sumber IPIK
Perpustakaan
Tuanku Bainun UPSI
Taklimat latar belakang
perpustakaan UPSI
 
Pameran koleksi nadir
Pinjaman buku menggunakan
mesin pinjaman
layan diri
 
Pameran buku baru Persekitaran dan susun atur
rak di perpustakaan UPSI

 
» LAWATAN PENANDA ARASAN DARI PUSAT SUMPER INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
Tarikh : 7 November 2008
Masa : 2.00-5.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali

Lawatan ini telah dihadiri oleh Ketua Pusat Sumber, Pustakawan dan staf pusat sumber Institut Perguruan Tuanku Bainun. Tujuan utama lawatan adalah untuk berbincang berkenaan pengurusan pusat sumber seperti kaedah pemprosesan koleksi bahasa Arab, pengoperasian sistem perpustakaan ILMU, proses teknik bahan, pembaikan dan penjilidan bahan dan sebagainya

 

 
» MESYUARAT PENGURUSAN PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERINGKAT IKHTISAS 2008

Sesi "Ice Breaking"


Ucapan perasmian oleh
Ketua Pengarah PNM
En. Raslin Abu Bakar


Antara pustakawan-pustakawan
yang menghadiri mesyuarat
berkenaan

 
Tarikh : 1-3 November 2008
Tempat : Hotel Bella Vista, Langkawi

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ketua pustakawan dan pustakawan di bawah Skim Perkhidmatan Gunasama yang terdiri daripada perpustakaan daripada kementerian dan jabatan kerajaan. Turut hadir Ketua Pengarah selaku pengerusi mesyuarat dan pengarah-pengarah bahagian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan PNM ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pegawai ikhtisas untuk bertemu dan berbincang mengenai perkembangan serta isu semasa perpustakaan masa kini.

Selain daripada mesyuarat pengurusan perpustakaan, turut diadakan aktiviti-aktiviti lain seperti :

  • Lawatan ke perpustakaan desa sekitar Langkawi
  • Sukaneka
  • Ceramah kaunseling dan motivasi bertajuk 'Perkhidmatan Kelas Pertama dari Aspek Psikologi' oleh Pn. Mazita Ahmad, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Langkawi, Kedah
  • Ceramah Integriti dalam Perkhidmatan Awam oleh En Alias Darus dari Badan Pencegah Rasuah

 

 
» PAMERAN PENDIDIKAN DAN JABATAN
Tarikh : Oktober 2008
Tempat : Aras 1, Pusat Sumber Al-Ghazali
 

 

 

 

 

 
» MINGGU TAYANGAN KEMERDEKAAN

Sesi Tayangan


Penyampaian hadiah oleh Pn Rabi'ah Abd Rahman


 
Tarikh : 27 Ogos 2008
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Aras 1 Pusat Sumber Al-Ghazali

Sempena bulan kemerdekaan, pusat sumber telah menganjurkan Kuiz Tayangan Kemerdekaan yang merupakan acara tahunan sempena bulan kemerdekaan. Ianya telah disertai oleh pelajar-pelajar institut dan pensyarah di jabatan Kokurikulum. Hadiah cabutan bertuan disediakan selepas tayangan manakala hadiah pemenang kuiz akan disampaikan pada majlis penutup Bulan Kemerdekaan peringkat institut.

 
» PELANCARAN BUKU SIRI BACAAN BERTEMA PRASEKOLAH
Tarikh : 11 Ogos 2008
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Aras 1 Pusat Sumber Al-Ghazali

Pusat Sumber al-Ghazali telah telah melancarkan Siri Buku Bacaan Bertema Prasekolah yang telah dirasmikan oleh Pengarah IPIS Hj. Amin Mohd Rashid. Buku berkenaan telah berada dipasaran pada 25 Julai yang lalu sempena Pesta Buku Selangor 2008. Antara pensyarah yang terlibat dalam penulisan buku ini ialah Pn. Surayah Zaidon, Rusheda Awang dan Karimah Harun dari Jabatan Ilmu Pendidikan yang mempunyai kepakaran dalam bidang prasekolah.
 


Ucapan oleh
Puan Surayah Zaidon
 

Taklimat tentang
Buku Bacaan Bertema
Prasekolah
 

Antara yang hadir
terdiri daripada
pensyarah dan pelajar
 

Perasmian oleh Pengarah

Judul-judul Siri Buku
Bacaan Bertema Prasekolah
 

 

 
» PENGGUNAAN PERKHIDMATAN BILIK MULTIMEDIA
Tarikh : 21 Julai 2008
Tempat : Bilik Multimedia, Pusat Sumber Al-Ghazali

Mulai 21 Julai 2008, Pusat Sumber Al-Ghazali telah mewujudkan perkhidmatan bilik multimedia dimana iainya menyediakan perkhidmatan komputer, internet, scanning dan printing kepada semua warga IPIS. Perkhidmatan ini dibuka sepanjang waktu perkhidmatan Pusat Sumber.

     
 
» BENGKEL PENULISAN BAHAN PENERBITAN
Tarikh : 18 Julai 2008
Masa : 3.00 - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Syarah Idris Al-Marbawi, Institut Perguruan Islam

Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan bersama Unit Pusat Sumber disamping menjemput penceramah dari PTS Islamika iaitu En. Faris Hisbullah. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah bagaimana untuk memanfaatkan bidang penulisan sebagai satu kerjaya.

Para peserta Sesi ceramah Penyampaian cenderamata
dari Encik Saipo Ayob
 

 
» PENYERAHAN ALAT-ALAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARIPADA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
Tarikh : 15 Julai 2008
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Persidangan Pentadbiran dan Pusat Sumber Al-Ghazali
 
Penyerahan LCD projektor oleh
Pn. Kamariah Mohd Nor, Pendaftar OUM
kepada Pengarah IPIS
Bergambar di hadapan
Bilik Multimedia
Pusat Sumber
Pn Kamariah Mohd Nor,
Pendaftar OUM sedang
mengakses internet
menggunakan PC yang
telah dibekalkan.
 

 
» MESYUARAT PERLUASAN SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN ILMU PERINGKAT IPG
Tarikh : 1-4 April 2008
Tempat : Bahagian Pendidikan Guru

 

 
» MINGGU PUSAT SUMBER

Lawatan daripada pengarah IPIS


Demostrasi pembaikan dan jahitan buku
 
Tarikh : 21 April - 2 Mei 2008
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali

Pusat Sumber telah mengadakan Minggu Pusat Sumber bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga IPIS tentang kepentingan menggunakan kemudahan disini selain dapat membantu aktiviti P&P. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah usahasama staf Unit Pusat Sumber dengan jabatan, unit, pelajar, Perpustakaan Negara Malaysia dan Pembekal Buku. Majlis penutup telah dirasmikan oleh pengarah IPIS di samping pelancaran Sistem Perpustakaan ILMU dan Laman Web Pusat Sumber.

Pusat Sumber juga telah mengadakan peraduan seperti Jejak Maklumat, Teka Silang Kata, Teka Barcode, Teka Berat Buku dan Teka Muka Surat Buku

Aktiviti Bergambar | Majlis Penutup

 

 
» PEMILIHAN UNTUK PEROLEHAN BUKU PUSAT SUMBER DI PESTA BUKU ANTARABANGSA 2008

 
Tarikh : 8 April 2008
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PWTC Kuala Lumpur

Pemilihan buku ini telah dilaksanakan oleh seramai 20 orang pensyarah terdiri daripada wakil jabatan bertujuaan untuk membuat senarai buku-buku terbaru mengikut keperluan P&P IPIS

 

 
» MAJLIS PERASMIAN KOLEKSI BUKU BERTEMAKAN ISLAM, INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA

Suasana perasmian buku bertemakan Islam
 
Tarikh : 6 April 2008
Tempat : Hotel Sri Pacific

Majlis perasmian buku ini diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC baru-baru iTurut hadir adalah Sasterawan Negara A. Samad Said yang telah menyampaikan sajak yang menarik minat penonton.

 

 
» MESYUARAT PENYELARASAN DAN KEPERLUAN SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN DI BAWAH PERUNTUKAN RMK-9 PERINGKAT IPG
Tarikh : 1-4 April 2008
Tempat : Hotel Costa Rica Beach Resort, Port Dickson

 

 
» MESYUARAT KEMAJUAN SISTEM AUTOMASI PERPUSTAKAAN ILMU DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU PERINGKAT IPG
Tarikh : 26 Mac 2008
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bahagian Pendidikan Guru

 

 
» BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENGKELASAN ISLAM ZIAUDDIN SARDAR

Sesi bengkel
 
Tarikh : 5 - 7 Mac 2008
Tempat : Hotel Sri Malaysia, Ayer Keroh Melaka

Bengkel penambahbaikan Sistem Pengkelasan Islam ini merupakan sambungan daripada bengkel yang telah diadakan tahun lepas. Ianya telah dihadiri oleh perpustakaan Islam yang menggunakan sistem pengkelasan ini yang turut mengkaji dan memperluaskan subjek-subjek pengkelasan berkenaan perkara umum tentang Islam, al-Quran, Hadis, bahan biografi, pendidikan, perundangan dan bahasa.

 

 
» KELAHIRAN CAHAYA MATA


 
Tahniah kepada Pn Robiyah Fadzir (staf perkhidmatan sirkulasi) kerana selamat melahirkan anak lelaki pada 22 Februari 2008. Nama anak beliau ialah Muhammad Adzhari Zakir bin Dahari.

 

 

 
» MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM ILMU PERINGKAT IPG
Tarikh : 29 Januari 2008
Masa : 5.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

 
 
» KURSUS MYLIB DAN PERSARAAN PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 28-29 Januari 2008
Tempat :Perpustakaan Negara Malaysia

 
 

 

Last Update
Thursday, 05 February 2009 06:54 PM

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 PSAG, IPIS | WEBMASTER