Koleksi...

Bahan Bercetak
Bahan Bukan Bercetak
Bahan Digital
Lokasi Bahan
Katagori Bahan
Jenis Bahan

   Direktori

Keahlian
Peraturan
Panduan Pengguna
Waktu Urusan
Aktiviti
Statistik
Pelan PSAG
Peta Laman

  IPIS Online

Laman Utama
 

Koleksi

Koleksi bahan Pusat Sumber al-Ghazali terdiri daripada koleksi bahan bercetak, bahan bukan cetak dan koleksi digital. Ianya meliputi bidang agama Islam, pendidikan, bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya.

Bahan Bercetak

Terdiri daripada koleksi monograf (buku), majalah, jurnal, majalah dan jurnal berjilid, buletin, sukatan pelajaran (IPG, sekolah), tesis, laporan tahunan dan keratan akhbar dll.

Bahan Bukan Bercetak

Terdiri daripada koleksi audio kaset, video kaset, kit pembelajaran dan carta dll.

Bahan Digital

Terdiri daripada koleksi audio CD, video CD, DVD, CD-ROM, DVD-ROM dan digital foto. Terdapat juga koleksi digital atas talian yang dilanggan daripada Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Digital OUM secara percuma dan berbayar seperti E-Books, E-Jurnal, digital disertation dan koleksi katalog atas talian.

Lokasi Bahan

Konsep pengasingan koleksi yang dilaksanakan di Pusat Sumber Al-Ghazali adalah terbahagi kepada dua aspek iaitu koleksi bahan yang boleh dipinjam dan koleksi bahan yang hanya untuk rujukan di pusat sumber sahaja. Untuk memudahkan pengguna, aras satu hanya untuk koleksi yang boleh dipinjam manakala aras dua adalah untuk koleksi rujukan sahaja.

Aras Satu

  • Koleksi Buku - terbahagi kepada koleksi buku Islam dan buku am (buku selain dari buku Islam)
  • Koleksi Fiksyen (dewasa dan kanak-kanak)
  • Koleksi Buku Teks
  • Koleksi Terbitan Bersiri (majalah, jurnal, buletin)
  • Koleksi Bahan Digital - CD, VCD, CD-ROM
  • Koleksi Carta

Aras Dua

  • Koleksi Rujukan Islam dan Umum
  • Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid (Majalah, jurnal, buletin)
  • Koleksi Red Spot (Rujuk brosur Perkhidmatan dan Kemudahan)
  • Koleksi Bahan Bukan Bercetak (audio kaset, video kaset, kit pembelajaran

Koleksi bahan di tingkat atas merupakan koleksi RUJUKAN dan HANYA digunakan di Pusat Sumber sahaja. Pihak Pusat Sumber berhak meminta koleksi bahan yang dipinjam oleh pengguna bila-bila masa dikehendaki.

Katagori Bahan

Kod Bahan Katagori Bahan
BOU Bahan berjilid
IPIS Koleksi IPIS
KIT Kit Pembelajaran
MAP Koleksi Carta
MED Koleksi Media
OS Koleksi Rak Terbuka (Open Shelve)
R Koleksi Rujukan
RPT Koleksi Laporan Tahunan
RS Koleksi Red Spot
SEM Koleksi Kertas Seminar, Persidangan
SER Koleksi Bahan Bersiri
SYL Koleksi Sukatan Pelajaran
THE Koleksi Thesis
TXB Koleksi Buku Teks

Jenis Bahan
 
Kod Bahan Jenis Bahan
BOK Buku (tidak dipaparkan pada spine)
BUL Buletin
CAS Kaset audio
CDR CD-ROM
CHA Carta
DAT Digital audio tape
DSK Disket
DVC Digital Video Disc
JOU Jurnal
MAG Majalah
MAP Peta
NEW Keratan akhbar
PHO Gambar foto
POS Poster
TRP Transparensi
VCD Video CD
VID Video tape

 

Last Update
Monday, 12 May 2008 09:16 AM

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 PSAG, IPIS | WEBMASTER