Direktori

Keahlian
Peraturan
Panduan Pengguna
Waktu Urusan
Aktiviti
Statistik
Pelan PSAG
Peta Laman

  IPIS Online

Laman Utama
 

Peraturan Pusat Sumber

  1. Memakai kad matrik dan berpakaian kemas sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak institut.
  2. Sentiasa SENYAP dan tidak mengganggu pengguna lain.
  3. Dilarang mengoyak, memotong dan menconteng mana-mana bahagian koleksi bercetak serta merosakkan harta kepunyaan pusat sumber.
  4. Dilarang membawa keluar atau memiliki bahan-bahan pusat sumber tanpa bukti pinjaman atau tanpa kebenaran pegawai bertugas.
  5. Dilarang mengalihkan bahan-bahan koleksi dan perabot dari tempat asal.
  6. Dilarang membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, beg laptop, fail, buku dll. Barang-barang persendirian hendaklah diletakkan di rak menyimpan barang yang disediakan.
  7. Dilarang membawa masuk buku yang telah dipinjam kecuali dengan urusan pemulangan dan pembaharuan pinjaman.
  8. Dilarang makan, minum, tidur dan merokok.
  9. Dilarang menggunakan telefon bimbit dan sentiasa dalam keadaan senyap (vibrate / off).
  10. Bahan bacaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di troli yang disediakan / rak asal.
  11. Segala perbincangan hendaklah dijalankan dengan tidak menimbulkan gangguan kepada pengguna yang lain. Pengguna dilarang duduk berdua-duaan antara lelaki dan wanita.
  12. Pengguna yang membuat salinan fotostat adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Hakcipta (pindaan) 1990.
  13. Semua koleksi bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan apabila pengguna meninggalkan institut kerana bertukar tempat kerja, bersara, tamat kursus atau cuti belajar dll.
  14. Pengguna bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan koleksi bahan yang digunakan / dipinjam (sila rujuk panduan perkhidmatan dan kemudahan pusat sumber).
  15. Pengguna perlu mematuhi semua peraturan di pusat sumber. Pegawai yang bertugas berhak menegur pengguna yang melanggar peraturan pusat sumber.
  16. Pengguna yang dikenakan hukuman tataterib mengikut akta 174, akan digantung hak meminjam bahan dan dilucutkan hak menggunakan kemudahan pusat sumber.\
  17. Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
 

 

 

 

Last Update
Monday, 12 May 2008 09:16 AM

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 PSAG, IPIS | WEBMASTER