Perkhidmatan...

OPAC
Sirkulasi
Rujukan
Red Spot
Online Digital Resources
Internet
Tempahan Bilik
Perkhidmatan Lain

   Direktori

Keahlian
Peraturan
Panduan Pengguna
Waktu Urusan
Aktiviti
Statistik
Pelan PSAG
Peta Laman

  IPIS Online

Laman Utama
 

Perkhidmatan dan Kemudahan

OPAC

Katalog Umum Atas Talian ini berfungsi untuk pencarian koleksi yang terdapat di pusat sumber secara berkomputer. (Lihat brosur Online Public Access Catalog)

Sirkulasi

  1. Pengguna hendaklah menunjukkan kad matrik pelajar / kad staf ketika membuat pinjaman di kaunter sirkulasi.
  2. Meminjam koleksi bahan bagi pihak orang lain adalah TIDAK DIBENARKAN.
  3. Pembaharuan tempoh pinjaman hanya dibenarkan SEKALI sahaja sekiranya bahan tersebut tidak ditempah oleh peminjam lain.
  4. Pengguna bertanggungjawab ke atas keselamatansemua bahan yang dipinjam atas namanya.
  5. Pengguna mestilah membenarkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan terhadap bahan yang dibawa ketika masuk / keluar dari pusat sumber. Hanya alat tulis, kertas dan buku catatan dibenarkan dibawa masuk ke dalam pusat sumber.
  6. Bahan-bahan yang telah dibaca hendaklah diletakkan di troli / rak asal.
  7. Pengguna tidak dibenarkan memindah bahan-bahan dari koleksi pinjaman ke koleksi rujukan atau sebaliknya.
  8. DENDA kelewatan memulangkan bahan yang dipinjam adalah sebanyak 0.10 sen bagi setiap bahan.
  9. Bahan yang hilang / rosak hendaklah dilaporkan SEGERA di kaunter sirkulasi. Tempoh SATU MINGGU diberikan untuk menggantikan bahan hilang dengan bahan judul yang sama bersama wang proses RM10.00. Bayaran kos bahan dua kali ganda dikenakan bagi pengguna yang tidak dapat menggantikan buku judul yang sama bersama wang proses RM10.00.
  10. Pengguna yang lewat / menghilangkan / merosakkan koleksi bahan akan digantung hak meminjam bahan dan hak menggunakan kemudahan pusat sumber. Surat peringatan akan dipanjangkan kepada Ketua Jabatan / Hal-Ehwal Pelajar / Naqib/Naqibah pengguna berkenaan.

Rujukan

  • Koleksi rujukan terletak di aras dua pusat sumber dan pelajar tidak dibenarkan meminjam koleksi berkenaan.
  • Pensyarah / staf boleh meminjam satu (1) koleksi rujukan selama satu (1) hari.
  • DENDA 0.20 sen sehari bagi setiap bahan rujukan akan dikenakan selepas tarikh akhir pinjaman.
  • Peraturan bagi koleksi rujukan yang hilang / rosak adalah sama dengan peraturan koleksi pinjaman.

Red Spot

  • Koleksi red spot hanya boleh digunakan di pusat sumber. Ia terdiri daripada buku, tesis, kertas seminar, jurnal, keratan akhbar, sukatan pelajaran IPG dan koleksi khas IPIS.
  • Pengguna hanya boleh membawa keluar dari bilik red spot atas kebenaran pegawai bertugas untuk tujuan fotokopi di dalam pusat sumber.

Online Digital Resource

Perpustakaan Digital OUM.

  • Perkhidmatan ini dilanggan dari Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi, Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
  • Terdiri dari koleksi :
    E-Books (e-brary, books24x7, InfoSecurity, ITKnowledge, xreferplus, SpringerLink)
    E-Jurnal (Infotrac, Proquest, Ebsco Host, Emerald, IOP, NSTP e-media, acm, Tailor & Francis, Digital Disertation, Springer, Mediabanc, lawnet.com.my)

MyLib

  • pMylib merupakan projek perintis (pilot project) kepada Sistem Perpustakaan Digital Nasional atau Sistem PERDANA. Ia dalah portal kepada sumber ilmu dan maklumat seperti pangkalan data komersil, tesis, katalog perpustakaan, abstrak dan indeks.

    Public Domain (boleh diakses oleh sesiapa sahaja)
    E-Books, E-Catalog, E-Newspaper, Multimedia, E-Magazine, E-Maps, Conferences and Proceeding, E-Report, Thesis and Dissertation

    Private Domain (hanya boleh diakses oleh 72 ahli konsortium MyLib / menggunakan kata laluan
    EbscoHost, Current Law Journal Legal Network (CLJ), Bernama Link Infolink Services (BLIS), Global Market Digital Database (GMD), Nexis and Lexis, Emarald, NetCousins, BONK, MASTICLINK, SIRIMLINK dan Parmoilis.

     

     

Internet

  • Wireless (menggunakan laptop persendirian yang mempunyai internal / external wireless adapter).
  • Workstation (20 buah PC : 1 PC untuk seorang pengguna sahaja). Penggunaan thumb drive / disket perlu diimbas terlebih dahulu sebelum menggunakanya.
  • Pengguna dilarang mengubah, menambah, mengganggu sistem rangkaian (networking) pada komputer berkenaan.
  • Pengguna dilarang melayari laman web yang melanggar Akta Keselamatan Dalam Negeri / Akta Hasutan.
  • Sewaan workstation adalah percuma. (Maksimum menggunakan komputer bagi sekali penggunaan adalah selama 2 jam sekiranya ramai pengguna lain ingin menggunakan perkhidmatan ini)
  • Bayaran mencetak bahan hitam/putih saiz A4 adalah 0.20 sen sekeping (text) dan 0.30 sen sekeping (grafik).

Tempahan Bilik

  • Bilik untuk tayangan bahan video / CD boleh menampung seramai 20 orang. Bilik perbincangan dan bilik SP3 boleh menampung seramai 30 orang.
  • Tempahan menggunakan bilik tersebut hendakkah dibuat TIGA HARI sebelum tarikh penggunaan dengan mengisi borang tempahan yang diisi dalam DUA salinan di kaunter sirkulasi.
  • Pengguna bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan alat yang digunakan dan perlu menggantikan alat yang hilang dengan alat yang serupa atau membayar kos membaiki alat yang rosak tersebut.

Perkhidmatan Lain

  • Astro
  • Ruang Audio-visual
  • Fotostat swasta
  • Tempat menyimpan barang
  • Tandas
  • Telefon awam
  • Ruang pameran (ruang legar pusat sumber)

 

 

Last Update
Monday, 12 May 2008 09:16 AM

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 PSAG, IPIS | WEBMASTER